elada_lapla.jpg

i-Diari

eLada.Com
Info Adun
i-Village
Info eMedia
eAdu Adun
i-Diari
ProService
eSembang

bann_foto.gif

RAKAMAN PERISTIWA & AKTIVITI BERGAMBAR

mad.jpg
Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Ahmad Lebai Sudin berucap semasa merasmikan majlis

:: MAJLIS SUMBANGAN WARGA EMAS CERIA
Sekali lagi Pusat Khidmat ADUN Bukit Lada menampilkan motto Pro-Service dengan kejayaan menganjurkan majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas yang tinggal di DUN Bukit Lada dan penyampaian papan tanda UMNO dan Barisan Nasional kepada semua cawangan UMNO, MCA, Gerakan dan MIC yang terdapat di Parlimen Pokok Sena. Walaupun majlis itu agak tegang semasa Ketua UMNO Bahagian itu menyampaikan ucapan dan meninggalkan majlis sebelum sempat menyampaikan sumbangan namum sikap profesional petugas yang mengendalikan majlis itu berjaya menceriakan kembali suasana.
 
Sumbangan berupa barangan makanan itu disampaikan oleh YB Ariffin Man dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Abdul Rahman Ibrahim dengan cara menyerahkan sendiri ke tempat duduk penerima.

ariffin_ucap.jpg
YB Ariffin Man berucap di majlis ramah mesra bersama komuniti Cina Pokok Sena

::RAMAH MESRA BERSAMA KOMUNITI CINA

Walaupun merupakan golongan moniriti di Pokok Sena ataupun di DUN Bukit Lada namun komuniti Cina tidak seharusnya dipinggirkan. Kaum Cina turut memainkan peranan penting dalam pilihan raya yang lepas sehingga Barisan Nasional mampu menawan kembali kerusi Bukit Lada dari pembangkang.
 
Baru-baru ini, YB Ariffin Man sempat beramah mesra dengan pemimpin-peminpin kaum Cina di Bukit Lada. Beliau turut menyampaikan sumbangan RM8,000 kepada persatuan dan pertubuhan dari komuniti Cina.

yb_soccer.jpg
YB Ariffin Man sedang berbual-bual dengan pemenang kategori remaja Street Soccer

:: STREET SOCCER UMNO POKOK SENA.
Pertandingan Street Soccer atau Futsal lelaki lima sepasukan bagi merebut Pialla YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Ariffin Man anjuran Biro Sukan UMNO Bahagian Pokok Sena baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakan. Seramai 45 buah pasukan berentap di Tapak Pasar Malam Langgar dalam kejohanan itu dan majlis penutup serta penyampaian hadiah turut disempurnakan oleh YB Ariffin yang berlangsung di Tapak Pasar Malam Langgar.
 
Kata YB Ariffin, program julung kali diadakan ini bertujuan memupuk muhibah melalui sukan dan generasi muda perlu dipupuk dengan cara yang bersesuaiian dengan minat mereka.
 
"Bukan hadiah yang jadi ukuran, tetapi semangat yang ditunjukkan membuktikan mereka boleh dijana menjadi orang berguna," katanya lagi.

lihat foto album

jamuan_chat.jpg
Meraikan petugas-petugas yang menjayakan Street Soccer di Grand Con

:: PETUGAS STREET SOCCER DIRAIKAN.
 
Dua hari selepas kejayaan menganjurkan pertandingan Street Soccer, YB Ariffin Man meraikan petugas-petugas yang megendalikan kejohanan itu di Hotel Grand Contienental, Alor Star. Petugas-petugas terbabit adalah anggota UMNO yang aktif dan terbabit secara sambilan bagi membantu menjayakan setiap program yang melibatkan Pusat Khidmat ADUN Bukit Lada yang menerapkan konsep Pro-Service.

:: DIARI AKTIVITI ADUN BUKIT LADA

Tarikh
Aktiviti
Tempat
13 Okt
11.30 Pagi - Hari Penyayang
Hadir merasmikan Hari Penyayang 2004 SK Jabi, Pokok Sena
Dewan SK Jabi
10 Okt
10.30 Pagi : Mesyuarat
Hadir mesyuarat pembangunan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar
Wisma Darulaman
09 Okt
9.30 Pagi: Tadika
Hadir merasmikan sukaneka Tadika Pokok Pauh
Pokok Pauh

Copyright ©2004 eLada dotCom. Design by Cobra Cobraeite Grafik. All rights reserved.
Dikendalikan dan dikemaskini oleh Pusat Khidmat Adun Bukit Lada.