Mengenali Ariffin Man, Anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Bukit Lada, beliau bukan sahaja seorang yang sentiasa bersikap merendah diri malah cukup mudah didekati.
Malah senyuman yang sering terukir di bibir bekas
Ketua Pemuda UMNO Kedah ini memudahkan beliau menjalankan setiap program anjuran parti yang memerlukan pembabitan masyarakat
terutamanya di kampung-kampung.
Hakikatnya, Ariffin, 42, adalah antara tokoh
muda yang diketengahkan pada pilihan raya umum 2004 dalam usaha merampas kembali kerusi yang ditawan oleh pembangkang
pada pilihan raya umum 1999
Walaupun mengakui sedikit terkejut apabila
namanya dicalonkan pada pilihan raya yang lalu, beliau bertekad untuk memastikan BN menang sebagai membalas budi kepada kepercayaan
yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan kepadanya
Ariffin ketika ditanya tentang pencalonannya
ketika itu berkata, ``Ini merupakan satu amanah yang cukup besar dan perlu dipikul bersama oleh semua pihak dan peti undi
agar hasrat pucuk pimpinan melihat kemenangan dapat dicapai.''
``Saya lakukan yang terbaik bagi tidak mahu
menghampakan kepercayaan yang telah diberi kepada saya. Saya bekerja kuat ketika itu dan hasilnya pengundi telah memilih
saya untuk menentukan masa depan mereka,'' ujar beliau ketika ditemui baru-baru ini
Sebagai "orang baru", Ariffin tidak menafikan
beliau perlu melakukan banyak kerja
Pun begitu, ia tidak akan dijadikan alasan
untuk menidakkan BN mengambil alih kerusi DUN Bukit Lada
Beliau berjaya menewaskan calon Pas
yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya 1999 dan kini bapa kepada tiga anak ini dilihat mempunyai tarikan tersendiri yang
mampu memukau para pengundi kawasan terbabit yang dahagakan perhatian dan pembangunan
Dengan sifat-sifat kesederhanaan yang ada
pada dirinya itu, Ariffin yang kini merupakan Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan UMNO Kedah, mendapat kepercayaan majoriti
rakyat di kawasannya dan di samping itu beliau ahli-ahli UMNO bahagian Pokok Sena juga turut mengangkatnya sebagai Naib Ketua
UMNO bahagian itu
Malah, pengalamannya bertugas sebagai Penolong
Pegawai Tadbir Mara Negeri dari 1983 sehingga 2003, banyak membantu beliau menjalankan kerja-kerja terutamanya berkaitan pentadbiran
kawasan dengan lebih teratur
Selain itu, Ariffin juga dikenali sebagai
seorang ahli parti yang kuat bekerja
Dengan kombinasi yang ada tersebut, beliau
bukan sahaja dilihat mampu membawa perubahan dengan menawan hati rakyat, tetapi memastikan masa depan mereka lebih terbela
Pun begitu, jelas beliau lagi, tanpa bantuan
dari seluruh komuniti dan ahli-ahli UMNO, beliau mungkin tidak akan dapat melaksanakan segala cabaran yang dibawa itu dengan
baik dan sempurna
``Dan sememangnya menjadi harapan saya semua
sayap parti iaitu Pemuda Wanita, Puteri selain parti-parti komponen akan turut bekerja bersama-sama saya membantu
membangunkan DUN Bukit Lada dan juga Pokok Sena,'' katanya
Ariffin berkata, beliau akan memastikan
kawasan Bukit Lada mendapat lebih banyak perhatian daripada kerajaan seterusnya mencipta peluang-peluang pekerjaan yang lebih
terbuka kepada masyarakat setempat