elada_lapla.jpg

eAdu Adun

eLada.Com
Info Adun
i-Village
Info eMedia
eAdu Adun
i-Diari
ProService
eSembang
logo_padinet.gif

ADUAN ONLINE TERUS KEPADA ADUN
 
eAdu Adun
 diperkenalkan bagi membolehkan penduduk-penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada mengemukakan aduan dan masalah mereka secara online melalui laman web ini. Tanpa perlu menghantar surat telefon atau hadir ke Pusat Khidmat ADUN bagi megemukakan masalah itu segala respon anda akan dijawab dengan kadar segera oleh YB Ariffin Man melalui halaman ini ataupun melalui e-mel ataupun surat

Selain aduan terhadap masalah dan rintihan dari penduduk eAdu Adun juga turut mengalu-alukan pandangan, kritikan dan komen dari mana-mana pihak yang berminat dengan komuniti di DUN Bukit Lada. Walaupun di mana berada, baik di luar Bukit Lada, di dalam negara atau luar negara masing-masing boleh memanfaatkan eAdu Adun untuk kepentingan bersama
 
Sila isikan butir-butir di bawah untuk aduan, saranan dan komen anda secara online:

Nama
Dari
e-mel
Tel
Komen
  

feedback_bm2.gif

Aduan, komen dan pandangan boleh juga dikemukakan kepada YB Ariffin Man melalui e-mel ariffinman@ekampung.net atau elada@ekampung.net di samping bertanyakan sebarang soalan kepada beliau di laman e-Sembang dalam Forum e-Sembang atau Forum deBlog

arifin_black.jpg

:: Jalan Kg Atong Sempit

Tarikh:  15 Oktober, 2004
Saya mewakili penduduk-penduduk Kampung Atong, Pokok Sena meminta agar YB Ariffin Man dapat mencari jalan supaya jalam masuk ke kampung kami dipebesarkan dan dilebarkan kerana jalan yang ada sekarang amat sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta dalam satu masa dan jika terdapat kenderaan yang berselisih salah satu kenderaan yang terlibat terpaksa mengalah dengan kembali berundur ke tempat asal.
 
Aduan oleh:
Setiausaha JKKK, Kampung Atong,
Jabi, Pokok Sena.

Re: Jalan Kg Atong Sempit

Saya telah membuat pemantauan terhadap jalan tersebut dan berbincang dengan Pengerusi JKKK dan didapati jalan itu perlu dilebarkan dengan kadar segara dan urusan berkenaannya telah diserahkan kepada Penghulu Mukim untuk menanganinya.
 
YB Ariffin Man
16hb Oktober 2004

:: Jalan Bendang Lanjut Rosak Teruk

Tarikh: 19 Oktober 2004
Saya ingin memaklumkan kepada YB ADUN Bukit Lada bahawa jalan mini tar di Kampung Bendang Lanjut sepanjang 3 kilometer rosak teruk dan amat merbahayakan bagi laluan motosikal dan kenderaan lain. Jalan-jalannya berlubang di sana sini dan jika waktu malam ianya tidak boleh dilihat oleh penduduk kampung yang melalui jalan ini. Diharap YB dapat ambil perhatian serius.
 
Aduan Oleh:
Pengerusi JKKK
Kampung Bendang Lanjut, Bukit Lada
Re: Jalan Bendang Lanjut Rosak Teruk

Saya telah mengemukakan permohonan untuk naik taraf jalan itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan ianya telah diluluskan untuk dibaikpulih sepanjang 1.5 kilometer dengan anggaran kos RM120,000.
 
YB Ariffin Man
20hb Oktober, 2004

Copyright ©2004 eLada dotCom. Design by Cobra Cobraeite Grafik. All rights reserved.
Dikendalikan dan dikemaskini oleh Pusat Khidmat Adun Bukit Lada.